Anwar tutut kerjasama Kelantan jika mahu selesaikan isu air

Anwar tuntut kerjasama Kelantan jika mahu selesaikan isu air

ANWAR Ibrahim (tengah) melambaikan tangan kepada tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut kerjasama penuh daripada Kerajaan Negeri sekiranya mahu menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu Kelantan sejak sekian lama.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan akan mengemukakan cadangan projek bekalan air yang lengkap dan cepat dalam meringankan beban rakyat.

Menurutnya, perkara tersebut sudah dibincangkan bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Hasil perbincangan itu telah dipersembahkan Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Kerajaan Persekutuan akan mencari dana dan menyelesaikan masalah itu (air) dengan sebaik mungkin,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Hadir sama Timbalan Perdana  Menteri I Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Lebih 10,000 rakyat Kelantan membanjiri majlis rumah terbuka yang bermula seawal pukul 7 malam.

Isu bekalan air bukanlah perkara baharu dan sudah menjadi ‘duri dalam daging’ buat rakyat negeri ini.

Dalam perkembangan sama Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu, Belanjawan 2023 Malaysia Madani mencatatkan peruntukan pembangunan terbesar buat negeri Kelantan termasuk 107 projek baharu yang bakal dilaksanakan kelak.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya