PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia.
Menurut catatan Facebook Anwar, Persekutuan Pengakap Malaysia turut berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas kepada Perdana Menteri.
“Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Terdahulu, Perdana Menteri menerima kunjungan daripada delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjayanya, Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Menerusi kunjungan itu, Anwar telah diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia dan mereka turut berbesar hati menganugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas kepada Perdana Menteri.
Kata Perdana Menteri, Anugerah Bintang Semangat Padi Emas merupakan anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan dalam kalangan pemimpin negara serta negeri.
Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu Perdana Menteri adalah Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia.