Ambil peluang potongan 80 peratus bayaran premium tanah - Hasni - Utusan Malaysia

Ambil peluang potongan 80 peratus bayaran premium tanah – Hasni

HASNI MOHAMMAD (kanan) disambut ahli persatuan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Cawangan Pontian di Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penduduk yang ditawarkan penempatan di Projek Pemajuan Kawasan (PPK) di Kampung Parit Makuaseng, Benut dekat sini diminta merebut peluang potongan 80 peratus bayaran premium tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan tersebut merupakan komitmen kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka supaya dapat berpindah dengan segera ke penempatan baharu berkenaan.

“Kalau tidak dapat diberikan kunci rumah pada bulan  Syawal ini, mungkin pada bulan Jun atau Julai nanti kerana mereka tidak mampu lagi untuk menghadapi fenomena air pasang besar yang berlaku pada setiap tahun.

“Saya memahami keluh kesah dan harapan mereka yang ingin berpindah segera ke penempatan baharu tersebut yang telah pun siap dibina pada Ogos tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 Persatuan Pesara Polis Negeri Johor (PPPNJ)  Cawangan Pontian, di sini.

Yang turut hadir, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Dr. Zamrud Misdi; Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abd. Hamid Abd. Rahman dan Pengerusi PPPNJ Cawangan Pontian, Superintenden (B), Mat Rashid Jusoh.

Seramai 163 keluarga dari Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung di Benut dan penduduk tepi Sungai Sanglang ditawarkan bagi menduduki PPP Parit Makuaseng yang mula dibina pada 16 Mei 2017.

Projek yang menelan kos sebanyak RM41.5 juta itu dibangunkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melibatkan pembangunan unit rumah berkembar selain infrastruktur asas termasuk jalan, bekalan air, elektrik dan loji rawatan kumbahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya