AKSB: Sagu hati ringan beban kakitangan sambut Aidilfitri

AKSB: Sagu hati ringan beban kakitangan sambut Aidilfitri

POSTER kenyataan media oleh AKSB berhubung penjelasan agihan sagu hati Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) mendedahkan pemberian sagu hati Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan bertujuan meringkan beban mereka untuk menyambut hari lebaran.

AKSB berkata, bayaran sagu hati itu dibuat mengikut prosedur tadbir urus dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat.

“Amalan memberikan saguh hati ini kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan merupakan amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan hari ini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan pemberian saguhati berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah AKSB merupakan prosedur biasa.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, pemberian itu sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain memuat naik di laman sosial Facebook miliknya berupa salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Notis tersebut antara lain memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Pada masa sama, Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000 dan tindakan itu menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat negeri ini.

Isu bekalan air Kelantan bukan perkara baharu, malah sudah menjadi ‘duri dalam daging’ buat penduduk di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya