AKSB benar guna air dari pili bomba untuk kecemasan, kepentingan awam

AKSB benar guna air dari pili bomba untuk kecemasan, kepentingan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) membenarkan penggunaan sumber air dari pili bomba untuk tujuan kecemasan dan melibatkan kepentingan awam.

AKSB menerusi satu kenyataan hari ini berkata, selaku pemegang lesen perkhidmatan air pihaknya membenarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengambil air bagi memadamkan kebakaran daripada mana-mana sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba.

Menurutnya, perkara tersebut termaktub dalam Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Mengikut seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1998 pula membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya (AKSB) untuk menggunakan mana-mana pili bomba atau aliran air kepadanya.

“Pada masa sama, persefahaman dengan JBPM telah dibentuk berkenaan hal ini khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan  dan atas kepentingan awam,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff menafikan dakwaan  ‘mencuri’ bekalan air daripada pili bomba tanpa pengetahuan agensi berkenaan.

Siti Zailah berkata, perkara tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihak bomba.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya