Ajal pekerja Pos pulang bekerja - Utusan Malaysia

Ajal pekerja Pos pulang bekerja

Lelaki maut
KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 41 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Assam Jawa, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perjalanan pulang seorang pekerja Pos Malaysia berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 41 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Assam Jawa di sini, semalam.

Kejadian pukul 1 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 24 tahun yang menunggang Yamaha 15 berkenaan dipercayai menuju ke rumahnya di Taman Penggawa, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan baru habis bekerja di Pejabat Pos cawangan Klang.

“Setibanya di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai bergesel sebuah lori lalu terjatuh di jalan tersebut. Kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. 

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya