Airbus sasar guna SAF sepenuhnya

Airbus sasar pesawatnya guna bahan api mampan sepenuhnya

PESAWAT A220 Airbus yang disewa daripada airBaltic untuk dipamerkan pada LIMA23 di Dewan MIEC Padang Matsirat, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pengeluar kapal terbang terbesar dunia, Airbus menyasarkan semua pesawatnya untuk beroperasi dengan 100 peratus bahan api pesawat mampan (SAF) menjelang 2030.

Pengarah Pemasaran Pesawat Lorong Tunggal Airbus, Raymond Manougian berkata, pesawat generasi terbaru syarikat itu, A220 kini mampu beroperasi menggunakan sehingga 50 peratus SAF.

“Pesawat ini memberikan pengurangan sehingga 25 peratus dalam penggunaan bahan api dan pelepasan karbon jika dibandingkan dengan pesawat generasi sebelumnya yang bersaiz sama.

“Ini dapat mencapai matlamat industri untuk mengurangkan impak industri penerbangan terhadap alam sekitar,” katanya semasa taklimat A220 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, semalam.

Airbus antara pempamer yang menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) dan turut mempamerkan pesawat A220 tersebut yang disewa daripada airBaltic.

Tambah Raymond, pesawat itu sebelum ini berada di Kuching sempena program anjuran kerajaan negeri Sarawak sebelum diterbangkan ke Langkawi dengan menggunakan bahan api SAF.

Jelasnya, campuran bahan api tersebut mengandungi 10 peratus SAF yang dibekalkan oleh Neste selaku pengeluar dengan kerjasama Petronas, Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC), Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (NAICO) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Sementara itu, Airbus akan membawa pesawat A220 tersebut ke Jakarta, Bangkok dan Koh Samui untuk meneruskan lawatan demonstrasi selain telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tempatan.

Setakat ini, terdapat kira-kira 780 tempahan bagi A220 dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala sebanyak 262 telah diserahkan.

“Airbus A220 boleh didapati dalam dua varian, di mana A200-100 mampu membawa muatan 100 hingga 130 orang penumpang, sementara varian A220-300 mampu memuatkan antara 130 hingga 160 orang penumpang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya