Aina Abdul, inilah masa tegur peminat toksik - Utusan Malaysia

Aina Abdul, inilah masa tegur peminat toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERIHAL suka mencari pasal, mencari kesalahan artis lain sehingga mencetuskan pergaduhan di kalangan kelompok peminat artis yang dijadikan bahan bual itu, nampaknya seakan tidak berkesudahan di media sosial.

Terus-terang, perkara ini memang Cik Bunga tujukan kepada kelompok peminat penyanyi, Aina Abdul. Bukan semua, tapi segelintir. Jangan pula kata kita tuduh semua ya.

Dalam erti kata lain, siapa yang buat begitu, dialah yang wajar terasa. Bukan setakat kena terasa saja, tetapi kenalah juga ambil pendekatan untuk ubah sikap buruk itu.

Di Twitter misalnya, Cik Bunga sudah selalu sangat nampak gelagat segelintir peminat Aina ini yang kerap benar mencetuskan provokasi, hanya kerana mereka begitu mengangkat Aina sebagai idola kesayangan mereka.

Cik Bunga tak nafikan, dia memang berbakat besar dan vokalnya mengagumkan. Bukan Aina tak ada aura atau tak mampu mara sebagai seorang superstar.

Tetapi, Cik Bunga rasa, perjalanan Aina itu masih jauh. Ada lagi yang perlu diraih dan dibuktikan untuk bergelar seorang superstar tanah air.

Kenyataan Cik Bunga ini bukan bermaksud hendak menjatuhkan semangat Aina.

Lagipun, kita semua tahu betapa kuat dan berusahanya penyanyi ini memastikan graf kerjayanya sentiasa berada di tahap yang baik.

Tentu dalam perjalanan yang dilaluinya itu turut menyaksikan penat lelah dan pengorbanan Aina yang entah kita sendiri pun tidak tahu.

Namun, Cik Bunga berfirasat, sikap segelintir peminat yang toksik tidak mustahil boleh ‘merebahkan’ seseorang bintang itu meskipun penyanyi tersebut telah melakukan pelbagai usaha untuk menjaga imej dan kerjayanya.

Terus-terang, Cik Bunga percaya dan berpegang kepada pandangan, kalau minat dengan seseorang artis atau selebriti itu, usah terlalu taasub.

Kata-kata ini ada benarnya. Kalau minat tapi suka berbalah dengan kelompok peminat artis lain, asyik ‘bitter’ saja dengan kelebihan atau kejayaan artis yang kononnya dianggap sebagai ‘rival’ atau seteru, susahlah.

Betul ke boleh kita panggil sebagai peminat ini? Cik Bunga rasa, yang akan nampak buruknya ialah artis itu nanti.

Jadi, sebab itulah Cik Bunga rasa Aina sendiri kena memainkan peranan untuk menegur sikap segelintir peminatnya.

Mustahil sangatlah kalau kata Aina tak tahu menahu mengenai gelagat peminat sendiri. Sudah lama sangat hal ini berlaku.

Agaknya pengguna media sosial lain pun sudah rasa muak dengan perkara seperti ini, asyik nak bergaduh dan cari pasal sahaja mereka ini di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya