PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, Agong dan Permaisuri berkata: “Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha”.
Hari Wesak merupakan perayaan disambut penganut Buddha, menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha.
Ini termasuk kelahirannya, penyedaran dan hari sewaktu meninggal dunia. -UTUSAN