PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Pekerja yang disambut oleh seluruh warga pekerja negara, hari ini.
Ucapan sama turut dizahirkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui poster yang dimuat naik di Facebook, Istana Negara.
Tahun ini sambutan Hari Pekerja bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ yang mencerminkan aspirasi mendukung prinsip kesejahteraan dan hormat-menghormati seluruh warganegara dalam membina Malaysia menjadi sebuah negara bertamadun. –UTUSAN