854 anggota Malbatt terima pingat PBB

854 anggota Malbatt terima pingat PBB

ROBERTO Vergori memberi tabik hormat kepada panji-panji Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) dan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-10 yang dibawa oleh anggota pasukan itu pada Perbarisan Penganugerahan PNBB di Padang Kawad, UNP 2-1 Kem Marakah, Selatan Lebanon, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAKAH: Sebanyak 850 anggota Batalion Malaysia (Malbatt) siri 850-10 yang sedang bertugas di sini menerima Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) semalam.

Markas Angkatan Bersama (MAB) dalam satu kenyataan memberitahu, Perbarisan Penganugerahan PNBB berlangsung di Padang Kawad, UNP 2-1 Kem Marakah, Selatan Lebanon dengan disempurnakan oleh Komander Sektor Barat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Brigadier Jeneral Roberto Vergori.

Turut menerima pingat ialah seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan dan 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang juga menyertai misi pengaman itu.

Kata kenyataan itu, perbarisan yang berkekuatan seramai 20 pegawai termasuk seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini melibatkan empat detasmen yang diketuai oleh Timbalan Komander Malbatt 850-10, Lt. Kol. Mohd. Faizul Azri Mohd. Mudzari.

“Mendahului senarai penerima pingat ialah Komander Malbatt 850-10, Kolonel Mohd. Rizman Ramli disusuli oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan wakil-wakil Perkhidmatan. Selain itu, Komander bagi setiap kontinjen UNIFIL turut diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada semua anggota Harimau 10,” kata kenyataan itu.

Turut hadir beberapa Datuk Bandar dari Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Malbatt 850-10 serta Pegawai Tertinggi Lebanon termasuk Pegawai Kanan Lebanese Armed Forces (LAF). 

Perbarisan penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf komitmen dan profesionalisme setiap anggota pengaman yang berkhidmat di bawah Panji-Panji PBB dalam mendokong tugas dan mandat yang diberikan di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.. 

“Ia juga sebagai anjakan moral yang akan memberi inspirasi kepada anggota pengaman agar sentiasa memberi impak positif dalam perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya. 

Pengiktirafan itu layak diberikan kepada anggota pengaman yang bertugas di bawah misi PBB melebihi 90 hari.

Malbatt 850-10 terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota LLP dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk 30 anggota ABDB serta seorang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan yang telah memulakan misi pada 12 November 2022 dan dijangka menamatkannya pada 12 November nanti. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya