69 buah balai bomba seluruh negara perlu dinaik taraf - Utusan Malaysia

69 buah balai bomba seluruh negara perlu dinaik taraf

NGA Kor Ming (kanan) ketika meninjau kawasan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban yang kembali beroperasi selepas selesai dinaik taraf selepas Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 69 buah balai bomba dan penyelamat di seluruh negara yang telah berusia melebihi 50 tahun telah dikenal pasti memerlukan pelaksanaan penambahbaikan dan naik taraf.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, daripada jumlah tersebut, antaranya 11 buah balai terletak masing-masing di Perak dan Johor, 10 buah balai di Selangor dan lapan buah pula di Kedah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 15 buah balai bomba telah selesai dinaik taraf, dua buah balai sedang dalam kerja naik taraf dan sebuah balai telah dimasukkan dalam permohonan untuk dinaik taraf dalam Rolling Plan Ke-4 (RP4) Tahun 2024.

“Selain itu, sebuah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Sarawak telah dibuat penggantian bangunan baharu,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Balai Bomba dan Penyelamat Seremban kembali beroperasi pada 21 Februari lalu selepas projek naik tarafnya diluluskan kerajaan pada tahun 2020 dengan kos sebanyak RM6.1 juta di atas tapak sedia ada.

Ia sekali gus menjadikan terdapat sebanyak 20 buah balai bomba dan penyelamat terdapat di Negeri Sembilan dengan jangkaan sebuah lagi balai akan dibina pada tahun ini iaitu di Palong 6, di Jempol.

Sementara itu, Kor Ming memberitahu, JBPM mengesan sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) kebakaran di seluruh negara.

“Kebakaran ini perlu dikawal bagi mengelakkan berlakunya jerebu dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan agar tidak melakukan apa-apa pembakaran secara terbuka serta bekerjasama penuh dengan pihak JBPM,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya