PETALING JAYA: Lebih 60,000 pesakit yang menjalani dialisis meninggal dunia berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang akibat penyakit-penyakit kronik dalam tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2021. Rekod itu berdasarkan data yang dikeluarkan oleh National Renal Registry bagi pesakit yang menjalani dua rawatan dialisis iaitu hemodialisis (HD) dan dialisis peritoneal (PD). Pesakit yang telah meninggal dunia direkodkan lebih ramai dalam kalangan mereka yang mendapatkan rawatan HD, manakala selebihnya merupakan pesakit…










