5 perkara terjadi selepas Coldplay umum konsert di Malaysia - Utusan Malaysia

5 perkara terjadi selepas Coldplay umum konsert di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock terkenal, Coldplay mengumumkan tarikh konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 22 November akan datang.

Coldplay bakal mengadakan konsert jelajah yang diberi nama Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpIlih antaranya Malaysia, Taiwan, Jepun dan Jakarta.

Turut sama tersenarai dalam lokasi pilihan untuk konsert penyanyi asal British itu ialah Australia.

Media sosial hangat memperkatakan kedatangan kumpulan yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu.

Berikut ialah lima perkara yang terjadi setelah Coldplay mengumumkan kedatangan mereka di Malaysia.

Perdana Menteri ucap selamat datang

Menerusi ciapan di media sosial, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat datang kepada kumpulan terkenal itu.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur!” tulisnya di Twitter.

Reaksi yang diberikan Anwar telah mendapat dua juta tontonan dalam laman sosial dengan 735 jumlah komen ketika artikel ini ditulis.

Peminat bincang ambil cuti

Memandangkan konsert itu diadakan pada 22 November akan datang yang jatuh pada hari Rabu, warganet turut membincangkan bagaimana agaknya cara agar mereka dapat pergi ke konsert itu dengan tenang.

Masing-masing merancang untuk memohon cuti tahunan lebih awal agar dapat berhibur di konsert itu nanti tanpa memikirkan lambakan kerja di pejabat.

Bersedia perang tiket

Seperti yang disebutkan di awal artikel ini, Coldplay hanya memilih beberapa lokasi sahaja di Asia untuk konsertnya.

Oleh itu, kita boleh menjangka kedatangan peminat dari negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Singapura yang akan turut serta dalam perang tiket selepas jualan dibuka pada 17 Mei ini.

Namun begitu, pemegang kad CIMB berpeluang membeli tiket konsert sehari lebih awal.

Jangan skeptikal penganjur

Menerusi laman twitter rasmi kelab peminat Coldplay di Malaysia, mereka meminta agar orang ramai tidak skeptikal terhadap penganjuran konsert Coldplay ini.

Dari aspek persembahan, mereka menjanjikan kepuasan memandangkan pasukan Coldplay sendiri yang akan mengendalikan susun atur di lokasi konsert.

Minta Taylor Swift datang

Melihat respons peminat yang teruja Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan artis antarabangsa, mereka turut berharap Malaysia akan lebih terbuka menerima ramai lagi artis antarabangsa seperti Taylor Swift.

Peminat merasakan, ini merupakan giliran yang tepat bagi Taylor Swift mengadakan konsert di Malaysia memandangkan artis itu sedang melakukan konsert siri jelajahnya di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Coldplay telah memulakan siri jelajahnya sejak Mac 2022 dan pernah dianugerahkan Favourite Touring Artist tahun 2022 oleh Anugerah iHeartRadio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya