400 anak Orang Asli disasar masuk universiti awam, swasta tahun ini - Utusan Malaysia

400 anak Orang Asli disasar masuk universiti awam, swasta tahun ini

AHMAD ZAHID Hamidi (dua dari kiri) mencuba alat penenun, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) ketika melawat Pusat Tenunan Diraja, di Pos Betau, Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sekurang-kurangnya 400 anak masyarakat Orang Asli di seluruh negara disasar akan memasuki universiti awam dan swasta, tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat itu turut mempunyai potensi besar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan, keberadaan dan potensi mereka juga tidak boleh diremehkan.

“Justeru, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menerapkan pelbagai program termasuk program pendidikan kepada anak-anak Orang Asli.

“Dan insya-Allah saya akan berbincang dengan Datuk Seri Ketua Setiausaha kementerian (KKDW) supaya anak -anak Orang Asli memasuki universiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, KKDW menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) akan memberikan RM1,000 setiap seorang bagi anak Orang Asli yang masuk universiti.

Dalam pada itu, KKDW melantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor menumpukan perancangan pendidikan Orang Asli dengan kerjasama Jakoa untuk melahirkan lebih ramai pelajar kaum berkenaan melanjutkan pelajaran ke universiti luar negeri.

“Beliau (Ramli) merupakan tokoh yang sesuai dan tepat untuk merencana pembangunan pendidikan Orang Asli supaya lebih ramai melanjutkan pelajaran ke luar negeri,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan memberikan jaminan akan menyediakan kemudahan bekalan air, elektrik dan perumahan bagi masyarakat Orang Asli di negara ini.

Menurutnya, peruntukan berjumlah RM11.08 bilion disediakan untuk pembangunan di perkampungan Orang Asli di pedalaman dan luar bandar supaya mereka berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dalam sektor ekonomi dan pendidikan seperti kawasan lain.

“Kerajaan akan memberikan keutamaan kemudahan bekalan air dan elektrik serta pembinaan rumah yang tersusun supaya mereka berpeluang serta selesa bekerja dan menikmati pembangunan ekonomi setempat.

“Menerusi peruntukan yang besar ini, kerajaan di bawah KKDW juga tetap memberikan kemudahan pendidikan kepada anak Orang Asli khususnya supaya mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya