4 hari tak tidur selepas usung mayat 800 meter

4 hari tak tidur selepas usung mayat 800 meter

R. MANOHARAN menunjukkan sijil penghargaan dan pingat yang diterimanya pada Majlis Penganugerahan P.J.P.N Tanpa Istiadat Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tidak dapat tidur empat hari selepas mengusung mayat sejauh 800 meter untuk dihantar ke hospital.

Itu pengalaman yang masih berbekas di ingatan pesara polis, R. Manoharan, 66, semasa bertugas di Ipoh, Perak sekitar tahun 90-an.

Katanya, dia mendapat maklumat terdapat satu mayat wanita berada di dalam sungai dan tersangkut pada pokok.

“Saya ditugaskan untuk membawa mayat yang telah kembung ke tebing sungai. Tali diikat pada kaki mayat untuk memudahkan saya menariknya kerana sungai agak dalam iaitu pada paras dada.

“Ketika sedang menarik mayat, tiba-tiba kaki yang berikat tali terputus. Mujur saya sempat membawanya ke tebing dan kemudian mengangkat menggunakan pengusung sejauh 800 meter untuk dimasukkan ke dalam kenderaan.

“Sebaik sahaja tiba di rumah, saya sukar melelapkan mata sehingga empat hari mungkin kerana terlalu lama melihat mayat wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Dalam pada itu, Manoharan berkata, kerjaya polis yang diceburinya sejak 1977 sangat mementingkan disiplin sehingga dia menerapkan amalan berkenaan dalam diri anak-anaknya.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dua anaknya kini bergelar doktor manakala seorang jurutera dan ahli fisioterapi.

“Inilah cabaran selama 40 tahun berkhidmat dalam polis dan sumbangan saya kepada anak-anak. Saya terapkan disiplin di jabatan dalam diri mereka dan masih diteruskan sehingga kini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya