30 jemaah umrah Malaysia cemas tayar bas dinaik ke Mekah tiba-tiba pecah - Utusan Malaysia

30 jemaah umrah Malaysia cemas tayar bas dinaik ke Mekah tiba-tiba pecah

TAYAR bas dinaiki 30 jemaah umrah Malaysia dalam perjalanan dari Kota Taif ke Mekah pecah menyebabkan perjalanan mereka tergendala lebih satu jam. - FOTO IHSAN ARIPIN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seramai 30 jemaah umrah dari Malaysia berdepan detik cemas apabila tayar bas dinaik tiba-tiba pecah ketika dalam perjalanan ke kota suci Mekah, semalam.

Kejadian di luar dugaan itu menyebabkan perjalanan tertangguh hampir satu jam sebelum dibawa ke situ menggunakan bas ganti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang Jemaah terbabit, Profesor Datuk Dr. Aripin Said berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.40 petang waktu tempatan atau bersamaan pukul 8 pagi waktu Malaysia.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan dari Taif ke Manzil untuk mengambil miqat bagi menunaikan umrah.

“Tayar belakang bas sebelah kanan pecah secara tiba-tiba menyebabkan bas bergoyang sebelum pemandu berhenti di tepi jalan.

“Bagaimanapun para jamaah bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berlaku sedikit suasana panik kerana terkejut dengan kejadian itu,” katanya di sini.

Menurut Aripin, ekoran kejadian malang itu, para jemaah menunaikan solat Zohor dan Asar secara jamak sambil duduk dalam bas.

“Wuduk diambil menggunakan botol spray disediakan dalam bas,” katanya.

Beliau berkata, kesemua jemaah umrah Malaysia terbabit mempunyai masa dua hari lagi di sana sebelum pulang ke negara ini.

“Masing-masing sudah pun menunaikan umrah wajib sebaik tiba di Mekah dua hari lalu. Pada hari-hari terakhir ini, para Jemaah melawat beberapa lokasi bersejarah termasuk melawat kota Taif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya