12 lokasi punca sampah cemari Sungai Skudai - Utusan Malaysia

12 lokasi punca sampah cemari Sungai Skudai

K. RAVEN KUMAR (dua dari kiri) bersama-sama sukarelawan mengutip sampah pada program Johor Bersih Sungai Skudai di Kampung Pasir, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 12 lokasi dikenal pasti sebagai punca utama yang menyebabkan pencemaran sampah di Sungai Skudai, di sini masih terus berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, lokasi tersebut antaranya di Taman Impian Emas, Jeti Nelayan Tampoi Utama, Kampung Pasir, Jeti Nelayan Pengkalan Rinting, Pulau Danga Bayu dan Kampung Bakar Batu.

“Menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan, kita berjaya kenal pasti ‘hotspot’ sampah ini setelah lakukan usaha membersihkan kawasan tersebut secara bergotong-royong. Dalam tempoh dua tahun, sampah-sarap dikutip di Sungai Skudai mencecah 30 tan sebulan, tanpa ada pengurangan.

“Jadi, apabila masuk tahun ketiga ini, kita ambil langkah kenal pasti kawasan punca pembuangan. Jadi, ini salah satu tempat (Kampung Pasir) puncanya sebelum sampah dihanyutkan ke Sungai Skudai,” katanya selepas menyertai Program Johor Bersih Sungai Skudai di Rumah Pam Kampung Pasir, di sini hari ini.

Lokasi lain ialah Log Boom Pusat Informasi, PPRT Melana Indah (Sungai Melana), Taman Damai Jaya, Kampung Laut,  Kampung Pertanian,  Kampung Separa dan Kampung Melayu Sengkang.

Raven Kumar berharap kesedaran awam dapat ditingkatkan bagi memastikan kawasan itu bersih.

“Sebagai contoh, Kampung Pasir ini satu-satunya kampung yang berada di tengah Johor Bahru dan kita lihat sampah yang berada di kawasan longkang ini agak banyak. Kita tidak boleh salahkan orang kampung sahaja, tetapi ini menunjukkan kesedaran kurang,  masyarakat masih buang sampah ke dalam longkang atau mana-mana tempat.

“Kalau tidak jaga kebersihan, bagaimana kita nak tarik pelancong  dan pelabur. Oleh itu kita perlu tunjukkan peningkatan tahap kesedaran dalam aspek penjagaan kebersihan, itu penting.

“Kita tidak paksa semua orang buat gotong-royong, tetapi kesedaran agar jangan buang sampah merata-rata dan gunakan tong sampah yang sudah disediakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya