1.7j pengunjung disasar hadir ke Minggu Sains Negara 2023 - Utusan Malaysia

1.7j pengunjung disasar hadir ke Minggu Sains Negara 2023

CHANG Lih Kang (kanan) hadir ke Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan di USIM, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 1.7 juta pengunjung disasarkan menghadiri dan menyertai Karnival Minggu Sains Negara 2023 yang dilaksanakan bermula bulan April lalu sehingga Oktober nanti di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai dan menarik minat kehadiran orang ramai kerana setiap aktiviti yang diadakan menggunakan kaedah praktikal (hands-on) yang melibatkan pengamal serta pakar sains dan teknologi.

“Tahun ini merupakan tahun keenam karnival ini dilaksanakan, tahun lalu ia mencapai kehadiran 1.5 juta pengunjung jadi kami percaya pada tahun ini akan mencapai lebih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini hari ini.

Karnival anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu turut mendapat kerjasama pihak USIM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan. 

Lih Kang dalam pada itu berkata, Karnival Minggu Sains Negara 2023 memberi fokus kepada tujuh bidang utama antaranya Kesihatan Planet, Kimia dan Bioteknologi, Inovasi Sosial, Kejuruteraan, Nanoteknologi dan Angkasa.

“Pelaksanaan karnival ini selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030. 

“Ia juga diteruskan secara dalam talian dengan kerjasama di antara jabatan serta agensi di bawah kementerian, institut pengajian tinggi, syarikat swasta dan persatuan. Antara program yang dijalankan secara dalam talian termasuklah webinar dan forum,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya