Warga emas ditemukan maut dalam lopak air

Warga emas ditemukan maut dalam lopak air

MAYAT lelaki warga emas ditemukan maut di dalam lopak air berselut di kawasan bendang Pangkalan Haji Ali, Bachok, Kelantan-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut di dalam lopak air berselut di kawasan bendang Pangkalan Haji Ali di sini semalam.

Mangsa yang berusia 68 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang di dalam selut oleh orang awam kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan.

Menurutnya, selain itu, tiada sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa ditemui di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa disebabkan salur darah koronari  (jantung),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zohan memberitahu, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya