Wanita halang kereta diminta tampil buat laporan polis - Utusan Malaysia

Wanita halang kereta diminta tampil buat laporan polis

TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang wanita cuba menahan sebuah kereta yang bergerak di persimpangan jalan lampu isyarat di Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pihak polis meminta seorang wanita yang videonya tular di media sosial menunjukkan dia menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di hadapan sebuah lampu Isyarat, di Batu 1 di sini untuk tampil membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 33 saat di akaun Twitter @bckupacc99 menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat tersebut pada 9.43 pagi semalam.

Menurut Muhamad Mustafah, perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung dengan insiden yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas beliau, pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan.

“Penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

“Pihak polis amat berharap individu ini segera menghubungi polis agar isu itu dapat diselesaikan segera. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya