UMNO Kelantan sudah ada senarai pendek calon PRN

UMNO Kelantan sudah ada senarai pendek calon PRN

Ahmad Jazlan Yaakub (dua kiri) bersama Pengerusi Yayasan Datuk Che Abdullah Al-Lambori, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyampaikan wang zakat kepada penerima anak yatim dan asnaf di Tumpat, Kelantan semalam-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: UMNO Kelantan sudah mempunyai senarai pendek individu yang akan diangkat sebagai calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan tidak lama lagi.

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, senarai calon itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN dalam masa terdekat untuk proses penilaian.

“Insya-Allah, calon yang akan kita kemukakan kali ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk orang muda tanpa meninggalkan orang-orang lama,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Ulangtahun Pelancaran Yayasan Datuk Che Abdullah Al-Lambori dan Majlis Berbuka Puasa Meraikan Anak-anak Yatim serta Asnaf di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan memberitahu, agihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) akan diputuskan dalam masa terdekat.

Katanya, pada asasnya pihak PH bersetuju memberikan jumlah kerusi yang lebih kepada BN untuk ditandingi para PRN nanti.

“Rundingan antara PH dan BN setakat ini sangat positif, tetapi perlu diperincikan kerana ini bukan soal siapa yang bertanding, kerusi mana…tetapi yang penting ialah kerjasama ke arah kemenangan.

“Oleh itu, pemimpin UMNO perlu berlapang dada sekiranya ada kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) diberikan kepada  PH untuk ditandingi. Hal ini kerana kita melihat kepentingan UMNO ditempat lain. Pada masa sama, PH adalah rakan kerjasama UMNO dan BN di menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya