UAI ada tauliah beri kuliah di Kelantan

UAI ada tauliah beri kuliah di Kelantan

AZHAR Idrus mempunyai tauliah menyampaikan kuliah di Madinah Ramadan, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau UAI mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk menyampaikan kuliah agama di negeri ini termasuk di Madinah Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu telah disahkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selaku badan pelaksana.

“Pihak MPKB-BRI melalui setiausahanya, Mohd. Shaifudeen Md. Salleh mengesahkan UAI serta lain-lain pendakwah mempunyai tauliah untuk menyampaikan kuliah agama sepanjang sebulan Madinah Ramadan berlangsung.

“MPKB-BRI telah menyenaraikan semua nama pendakwah dan menghantar surat kepada MAIK untuk meminta tauliah. Malah UAI sendiri sudah lama mempunyai tauliah untuk menyampaikan kuliah agama di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor itu memberitahu, permohonan tauliah berkenaan telah dilakukan sejak peringkat awal bagi memastikan pelaksanaan program Madinah Ramadan berjalan lancar.

Katanya, perkara tersebut merupakan syarat utama bagi membolehkan seseorang pendakwah menyampaikan kuliah atau ceramah agama di negeri ini dan ketetapan itu perlu dihormati oleh pihak penganjur bagi memastikan syarat utama ini dipenuhi.

Wan Roslan berkata, kerajan negeri turut teruja apabila Kelantan menjadi destinasi pilihan UAI untuk membuat kemunculan kembali selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan baru-baru ini.

Katanya, beliau sendiri tidak menyangka program Santai Anak Muda Bersama UAI sempena sambutan Nuzul al-Quran menjadi pilihan figura terkenal itu berbanding tempat-tempat lain.

“Jemputan telah kita kemukakan lebih awal, iaitu ketika beliau menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu baru-baru ini, iaitu sebelum beliau jatuh sakit dan terpaksa berehat panjang atas nasihat doktor.

“Tetapi kerajaan negeri tidak menyangka Kota Bharu akan jadi tempat pilihan untuk kembali ke menyampaikan kuliah agama. Sebenarnya banyak jadual ceramah beliau dibatalkan atas faktor kesihatan termasuk di Terengganu sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya