PUTRAJAYA: Sekretariat Hartal Doktor Kontrak menuntut Kementerian Kesihatan dan kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Reformasi Kesihatan bagi memperkasakan kebajikan dan jaminan kerjaya staf kesihatan kontrak di negara ini. Sekretariat itu turut menuntut supaya wakil mereka dilantik menganggotai Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan bagi membincangkan krisis dan isu-isu melibatkan kepentingan doktor kontrak. Seterusnya, mereka menuntut pihak kementerian dan kerajaan memberi hak sama rata dari segi kebajikan untuk pegawai dan staf perubatan kontrak seperti mana yang berjawatan tetap. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap sekretariat itu berkata, tiga perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya