Trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya - Utusan Malaysia

Trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya

Beberapa lebuh raya utama mula bergerak perlahan menjelang tengah hari.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan mula perlahan menjelang tengah hari.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak trafik bergerak perlahan arah timur membabitkan Plaza Tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.

Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) juga trafik bergerak perlahan di Plaza Tol Penawar, manakala trafik turut perlahan arah utara di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu Senai ke Hentian Sebelah Kulai, Plaza Tol Kempas dan Plaza Tol Skudai.

Trafik perlahan dilaporkan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) iaitu Bandar Dalam ke Greenwood dan Cheras-Kajang di PGA ke Taman Connaught dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) arah utara iaitu Puchong Indah ke Puchong Intan.

Selain itu, trafik di laluan utama Lebuh Raya Utara-Selatan (E2), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) masih lancar termasuk di sekitar Plaza Tol.

Bagi perjalanan arah utara, trafik di laluan utama Lebuh Raya Utara-Selatan (E1), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lingkaran Luar Butterworth (LLB) masih lancar termasuk  di semua plaza tol.

Trafik juga lancar sepanjang Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) di kedua-dua arah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya