TPM hadir majlis rumah terbuka Tok Mat - Utusan Malaysia

TPM hadir majlis rumah terbuka Tok Mat

AHMAD Zahid Hamidi hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Mohamad bertempat di Kampung Tanjung, Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini.

Timbalan Perdana Menteri itu tiba di majlis yang diadakan di Kampung Tanjung, Rantau dekat sini kira-kira pukul 10.15 pagi dan disambut oleh Ahli Parlimen Rembau tersebut dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

Kira-kira 30,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis tersebut yang bermula sejak pukul 10 pagi itu.

Yang turut kelihatan hadir termasuklah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar, pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat Pusat dan negeri.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau ketika ditemui pemberita berkata, beliau berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis tersebut selepas hampir tiga tahun ia tidak diadakan ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Apapun, saya bersyukur ramai yang hadir, terima kasih juga sanak saudara, rakan-rakan dan orang kampung yang datang membantu menjayakan jamuan hari raya ini, 

“Semuanya kami masak bersama-sama. Menunya hari ini memang istimewa, selain rendang, pajeri nanas, gulai tulang juga ada gulai perut lembu dan rebung,TPM hadir majlis rumah terbuka Tok Mat semuanya juadah istimewa masakan kampung,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya