Tol percuma esok, 2 juta kenderaan sehari pulang ke ibu negara - Utusan Malaysia

Tol percuma esok, 2 juta kenderaan sehari pulang ke ibu negara

Orang ramai boleh mengguna kad debit untuk membayar tol di 11 lebuh raya mulai hari ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tol Rahmah kembali esok apabila 33 lebuh raya boleh dilalui dengan percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di negara ini.

Inisiatif diumumkan kerajaan bagi meringankan beban kos rakyat  yang akan pulang ke ibu negara untuk kembali bekerja selepas  sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia telah menikmati tol percuma sejak 19 April hingga 21 April seperti diumumkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa minggu lalu.

Bagaimanapun,  kebanyakan trafik ke arah Kuala Lumpur dilaporkan mula sesak sejak petang tadi dan bilangan kenderaan dijangka bertambah esok berikutan ramai yang akan mula bekerja Selasa selain mereka berebut untuk menikmati tol percuma.

Antara laluan yang menunjukkan trafik perlahan sejak petang tadi ialah Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah utara dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari arah timur.

Berdasarkan pergerakan kenderaan dan inisiatif tol percuma, LLM sebelum ini menjangkakan,  lebih 2 juta kenderaan sehari akan bergerak kembali ke ibu negara mulai hari ini.

Bagi memastikan kelancaran  trafik, LLM meminta  syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik tersebut.

Antaranya menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula semalam hingga 7 Mei ini.

Syarikat konsesi juga diminta untuk mengeluarkan cadangan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya utama untuk membantu mereka merancang perjalanan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol Rahmah percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya