Tiga serbuan JKDM berjaya rampas rokok seludup bernilai lebih RM600,000

Tiga serbuan JKDM berjaya rampas rokok seludup bernilai lebih RM600,000

10423-Klt-Kastam Rokok-Done Online WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (dua kanan) memeriksa rokok seludup pelbagai jenama yang dirampas ketika sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT:  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 900,040 batang rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM606,800 termasuk cukai dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Puteh dekat sini pada Selasa lalu.

Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor menjalankan serbuan di Kampung Gong Stopa, Kampung Gong Dato dan Taman Sri Machang bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.30 malam.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, tangkapan pertama dijalankan selepas anggota penguat kuasa JKDM menahan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Gong Stopa.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun itu kemudiannya menjumpai sebanyak 20,520 batang rokok pelbagai jenama.

“Rokok-rokok seludup itu disyaki dibawa dari sebuah negeri di selatan tanah air ke Kelantan. Suspek dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM15 untuk membawa sebanyak 50 karton rokok.

“Anggota JKDM kemudiannya menerima maklumat sebelum menjalankan serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Dato dan merampas sebanyak 28,800 rokok seludup pelbagai jenama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, selepas itu, pihaknya menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Sri Machang dan sebanyak 850,720 batang rokok seludup berjaya dirampas.

Katanya, siasatan mendapati, rokok-rokok tersebut dipercayai akan diedarkan untuk pasaran di Kelantan.

“Sehubungan itu, orang ramai perlu membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan selain tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) dan Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya