Tiga projek penting di Kuantan dijangka siap tahun ini - Utusan Malaysia

Tiga projek penting di Kuantan dijangka siap tahun ini

MOHAMMAD Fakhruddin Mohd. Ariff (tengah) mewakili kerajaan negeri dalam pertemuan dengan pihak berwajib yang menguruskan projek-projek menaik taraf dan pembangunan bandaraya Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga projek penting di bandaraya ini membabitkan kerja-kerja menaik taraf laluan Gambang ke Segamat, projek pembinaan jambatan kedua bandar Kuantan ke Tanjung Lumpur dan projek pembentungan fasa satu, dijangka siapa sepenuhnya penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, pihaknya sudah diberikan taklimat oleh pihak berkaitan berhubung pelaksanaan projek-projek berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri berpuas hati dengan perkembangan tersebut sejurus meninjau projek-projek berkenaan dalam satu lawatan kerja.

“Saya diberikan penjelasan oleh pihak kontraktor yang terbabit bahawa jambatan kedua Tanjung Lumpur ke pusat bandar merentasi Sungai Kuantan akan siapa sekitar bulan Ogos tahun ini.

“Projek naik taraf Jalan Gambang-Segamat pula akan diserahkan kepada pihak berwajib pada bulan Mei depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin berkata, projek pembentungan di jalan Teluk Sisek di sini sudah siap sepenuhnya.

“Jalan tersebut sudah dibuka kepada lalu lintas Sabtu lalu sekali gus menyelesaikan isu kesesakan yang sering berlaku di jalan berkenaan.

“Baki projek pembentungan iaitu di Jalan Gambut dan Sungai Soi (Pak Mahat dan Bandar Putra) kini sudah memasuki peringkat terakhir dan dijangka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, semua pihak terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat konsesi jalan, kontraktor dan lain-lain diharap dapat terus bekerjasama dengan baik dan melaksanakan semua projek mengikut piawaian serta jadual ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya