Tiga daerah di Negeri Sembilan alami anjakan kutipan sisa pepejal - Utusan Malaysia

Tiga daerah di Negeri Sembilan alami anjakan kutipan sisa pepejal

TEO Kok Seong (tengah) melancarkan kempen Jom KITARecycle, Jom Raya serta menampal kod QR di atas bungkusan barangan kitar semula sempena sidang akhbar Pelan Strategi Operasi Kutipan Sisa Pepejal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Majlis Berbuka Puasa di Seremban semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga daerah di negeri ini iaitu di Rembau, Tampin dan Seremban (Nilai) akan mengalami anjakan pada jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal sempena sambutan Aidilfitri yang akan menjelang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan negeri, Teo Kok Seong berkata, anjakan menerusi Pelan Strategi Operasi Sempena Hari Raya Aidilfitri oleh SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) itu bertujuan memastikan kutipan sisa dapat berjalan dengan lancar.

“Di Rembau, anjakan jadual kutipan sisa pepejal dilakukan pada 21 April yang melibatkan kawasan termasuk Jalan Seremban-Tampin, Kampung Baru Air Panas, Pekan Pedas, Pekan Sri Kendong, Rumah Rakyat Chengkau, Rumah Rakyat Pedas, Taman Bunga Raya, Taman Desa Rimbunan Kaseh, Taman Gadong dan Taman Sri Kota.

“Anjakan jadual pada 23 April pula melibatkan kawasan termasuk Kampung Senama Tengah, Kuarters IPD Rembau, Kuarters LPP Sungai Layang, Rumah Rakyat Kota, Rumah Rakyat Sungai Layang, Taman Akasia Kundur, Taman Chembong Utama, Taman Impian Rembau, Taman KSNS, Taman Rembau Jaya, Taman Rembau Perdana, Taman Rembau Permata dan Taman Seri Bidara,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, di kawasan Nilai pula melibatkan kawasan Pekan Mantin yang meliputi beberapa taman perumahan dan Kampung Baru yang mengalami anjakan pada 23 April.

“Di Tampin jadual kutipan sisa pepejal akan mengalami anjakan iaitu pada 23 April yang membabitkan kawasan termasuk Pekan Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning, Kampung Baru Gedok, Pusat Komersial Kasturi, Rumah Rakyat Gemencheh Lama, Rumah Rakyat Kampung Tengah, Taman Gemencheh Jaya, Taman Merak, Taman Semarak 1, Taman Sentosa, Taman Sri Intan dan Taman Sri Air Kuning,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Kok Seong, operasi kutipan sisa pepejal oleh pihak SWM Environment kali ini akan melibatkan seramai 1,221 orang pekerja dengan sokongan sebanyak 162 buah kenderaan lori kompaktor dan lori terbuka yang akan bertugas pada hari raya pertama. 

“Pada hari Raya kedua pula, sejumlah 435 orang pekerja bertugas dengan menggerakkan 16 buah kenderaan lori kompaktor dan lori terbuka,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya