Tanam pokok ganja, lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup - Utusan Malaysia

Tanam pokok ganja, lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup

ROHAIZAT Abd. Aziz (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini bagi didakwa atas pertuduhan menanam pokok ganja.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dia mengaku salah menanam pokok ganja pada 3 April lalu.

Tertuduh, Rohaizat Abd. Aziz, 58, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, Rohaizat didapati melakukan kesalahan menanam dua batang pokok jenis kanabis di mana kanabis itu boleh diperoleh secara langsung.

Kesalahan itu dilakukannya pada 3 April lalu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Kampung Gemetir, Tanjong Ipoh di sini.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara seumur hidup dan boleh disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada tawaran jaminan oleh pihak pendakwaan di mana pihak pendakwaan merujuk Seksyen 41B ADB 1952, iaitu kesalahan tidak boleh jamin.

Mahkamah juga tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 9 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya