Strok haba: JKNK serah laporan kepada Menteri Kesihatan

Strok haba: JKNK serah laporan kepada Menteri Kesihatan

DR. ZAINI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menyerahkan laporan kepada Menteri Kesihatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang berpunca daripada serangan strok haba.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin dalam satu kenyataan ringkas berkata, Menteri Kesihatan akan mengeluarkan satu kenyataan media berhubung kejadian tersebut.

“Berkemungkinan kenyataan media itu akan dikeluarkan pada petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 maut selepas terkena serangan strok haba dalam kejadian di Kampung Perupok, di sini pada Selasa.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.27 pagi ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Selain Muhammad Syamil Aqil, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya