Seri 1-1: Kedah musnah harapan Sri Pahang peroleh tiga mata di Kuantan - Utusan Malaysia

Seri 1-1: Kedah musnah harapan Sri Pahang peroleh tiga mata di Kuantan

KPAH Sherman (kiri) mengawal bola sambil dihalang oleh kapten Kedah, Manuel Gellito Ott pada perlawanan Liga Super 2023, di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat Sri Pahang untuk memperoleh tiga mata penuh di laman sendiri tidak kesampaian apabila seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Makmur di sini.

Walaupun Sri Pahang berjaya mendahului pada minit ke-62 tetapi tiga minit masa tambahan separuh masa kedua Kedah berjaya mengikat Tok Gajah untuk berkongsi satu mata.

Di awal perlawanan, anak buah Mohd. Nafuzi Zain tampak tidak sabar untuk merobek gawang Sri Pahang melalui serangan bertali arus ke arah pintu gol tuan rumah yang dikawal ketat Mohd. Izham Tarmizi Roslan.

Dalam tempoh 30 minit, pertahanan Sri Pahang terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus penyerang pelawat yang menguasai setiap penjuru padang.

Bekas pemain Sri Pahang, Manuel Hidalgo menjadi duri dalam daging untuk sentiasa mengaturgerakkan dari bahagian tengah bagi menembusi benteng Sri Pahang.

PENYERANG Kedah, Willian Lira Sousa (kanan), diasak oleh pertahanan Sri Pahang, Michael John Glassock pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun pertahanan Sri Pahang masih berupaya membantu Mohd. Izham Tarmizi menafikan peluang Kedah walaupun pelawat dihadiahkan dengan tiga sepakan sudut dalam tempoh itu.

Selepas sering diasak, Sri Pahang turut mencipta peluang untuk mendahului Kedah melalui gandingan Lucas Da Silva dan Kpah Sherman yang pertama kali digandingkan di bahagian serangan akibat kecederaan berpanjangan yang dialami Lucas.

Peluang terbaik Lucas mencatat nama selaku penjaring gol hadir pada minit ke-40 selepas tandukannya di tangkap kemas penjaga gol Kedah.

Peluang yang hadir dua minit kemudian juga tidak menjadi selepas tendangan Lucas dalam kotak penalti Kedah berjaya ditepis keluar Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi menyaksikan tiada gol dihasilkan di separuh masa pertama.

KAPTEN Kedah, Manuel Gellito Ott melarikan bola dari tiga pemain Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang yang berakhir keputusan seri 1-1. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Bermula babak kedua, anak buah Fandi Ahmad pula berjaya mengimbangi perlawanan dengan melalui gerakan yang sering mengancam kubu pelawat.

Akhirnya, Sri Pahang berjaya mendahului Kedah 1-0 pada minit ke-62 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Stefano Brundo.

Sri Pahang berpeluang menambah jaringan selepas dihadiahkan penalti kedua, namun tendangan yang di ambil Lucas pada minit ke-86 tinggi melepasi palang gol.

Sebaliknya Kedah berjaya memusnahkan hasrat Sri Pahang mencatat kemenangan ke tiga di tempat sendiri melalui jaringan Jonathan Dos Reis pada minit ke-93 untuk keputusan seri 1-1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya