Sehari lagi tol percuma Isnin ini - Utusan Malaysia

Sehari lagi tol percuma Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemberian percuma Tol Rahmah bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April tamat semalam sebelum disambung sehari lagi pada 24 April (Isnin).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan perkara tersebut di Facebook malam tadi.

Oleh itu, LLM menasihatkan semua pemandu kenderaan memastikan  baki kad Touch n Go dan e-Wallet mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April.

Pengumuman tol percuma itu menyaksikan pergerakan kenderaan di semua lebuh raya meningkat kira-kira 20 peratus dalam tempoh tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya