Saya mahu berdamai, selamatkan keluarga - Farid Kamil - Utusan Malaysia

Saya mahu berdamai, selamatkan keluarga – Farid Kamil

Farid
FARID Kamil ditemui pemberita selepas prosiding sebutan permohonan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil bertekad terus mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mempertahankan rumah tangga dan perdamaian dengan isterinya, Diana Danielle.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, berkata dia sedang berusaha sebaik mungkin menyelamatkan keluarga yang dibinanya selama 11 tahun.

“Saya kini dalam proses memikirkan jalan terbaik bagi mencapai perdamaian antara kami. Perdamaian itu adalah membawa saya kembali kepada isteri dan mengembalikan dua anak kepada ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Terdahulu, mahkamah itu menetapkan 30 Mei depan bagi sebutan semula inter-parte hadanah interim atau hak penjagaan sementara anak pasangan pelakon tersebut.

Tambah Farid, beliau juga tidak pernah berhenti berusaha untuk berjumpa dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Saya bersyukur kerana sudah bertemu Mohamad selama enam jam sebelum ini  biarpun dia belum mengerti apa yang berlaku. Selain itu, saya akan berjumpa Aurora satu hari nanti,” ujar pelakon Lagenda Budak Setan itu.

Sementara itu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia hanya mengharapkan perkara yang terbaik.

“Saya hanya harapkan yang terbaik dan juga menemui satu kesimpulan kelak. Ini bukan soal menang atau kalah,” katanya ringkas.

Terdahulu, prosiding kali pertama hadanah pasangan itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya