Rumah terbakar: Wanita rentung, suami cedera - Utusan Malaysia

Rumah terbakar: Wanita rentung, suami cedera

KEBAKARAN yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Gerowot, Kuala Penyu hari ini- Gambar Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang wanita rentung manakala suaminya cedera dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Gerowot, Kuala Penyu hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, wanita dikenali sebagai Ninik Yanuwati, 48, dipercayai terperangkap dalam rumah dua tingkat yang terbakar hampir 80 peratus.

Mangsa wanita ditemukan di bahagian ruang tamu tingkat dua rumah manakala, suami mangsa, Jumin Ansiu, 52, cedera semasa cuba menyelamatkan isterinya yang  terperangkap dalam rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd. Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.57 pagi tadi dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, semasa tiba di lokasi terdapat sebuah rumah dua tingkat terbakar hampir 80 peratus. Turut terbakar sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Katanya, semasa operasi pemadaman, anggota operasi menemukan seorang mangsa rentung di bahagian ruang tamu dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dipercayai terperangkap di bahagian atas rumah berkenaan dan suami mangsa cuba untuk menyelamatkannya namun, tidak berjaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN