RM200 sangat menghina Wan Maimunah – Sabri Yunus

RM200 sangat menghina Wan Maimunah – Sabri Yunus

WAN MAIMUNAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Sabri Yunus menempelak sikap mana-mana individu atau syarikat produksi yang tergamak menghina kredibiliti pelakon vete­ran, Wan Maimunah de­ngan bayaran yang tidak masuk akal.

Katanya, jumlah RM200 itu merupakan satu bentuk penghinaan terhadap kemampuan, sumbangan dan jasa pelakon hebat itu dalam industri lakonan di negara ini.

“Kak Wan (Wan Maimunah) adalah seorang pelakon yang boleh menjayakan pelbagai watak. Jangan buat penghinaan sebegini, lagi baik tak payah ambil berlakon.

“Mana-mana pelakon veteran pun jangan sesekali ambil tawaran sebegini kerana ia jelas menghina diri sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, pelakon ber­kaliber, Wan Maimunah meluahkan kekecewaan apabila ditawarkan bayaran RM200 daripada seorang pengurus produksi bagi menjayakan sebuah telefilem, tahun lalu

Sabri juga berharap isu tersebut tidak berlaku pada syarikat produksi yang diusahakannya dan pengarah juga perlu memainkan peranan untuk bersuara.

Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam berkata, bayaran RM200 adalah tidak logik sama sekali kerana itu adalah kadar bayaran bagi pelakon tambahan dengan sedikit dialog.

Bagi pelakon veteran yang memegang watak pembantu atau utama kebiasaannya mereka akan dibayar antara RM1,000 ke RM2,000 sehari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya