Rehat bawah pokok, elak bahang panas

Rehat bawah pokok, elak bahang panas

MAT Yusof Kasim bersama isteri terpaksa berehat di halaman rumah  ekoran cuaca panas di Kampung Banggol Che Wan, Meranti, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Cuaca panas yang melanda negeri ini menyebabkan ada dalam kalangan penduduk mengambil keputusan untuk berehat di bawah pokok bagi mengelak bahang panas di dalam rumah.

Seorang penduduk Mat Yusof Kasim, 54, berkata, tiupan angin di luar rumah yang lebih sejuk membantu dia dan keluarga untuk berehat dengan lebih selesa dan tenang.

Menurutnya, pada masa sama langlah tersebut mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan elektrik di waktu siang sekaligus menjimatkan perbelanjaan.

“Sejujurnya, saya terkejut apabila mendapati bil elektrik  di rumahnya melambung naik sekali ganda. Kebiasaan bil elektrik rumahnya kurang daripada RM20 namun kini meningkatkan sehingga RM48.

“Saya antara pengguna elektrik yang menerima rebet daripada kerajaan kerana bil di bawah RM40 sebulan. Tetapi bulan ini bil elektrik saya kena caj  RM48, risau juga tak mampu nak bayar kerana pendapatan sebagai seorang buruh kampung tidak menentu,” katanya di temui di Utusan Malaysia rumahnya di Kampung Banggol Che Wan, Meranti di sini hari ini.

Mat Yusof memberitahu, disebabkan cuaca panas yang melampau dia yang tinggal bersama isteri dan seorang anak terpaksa membiarkan kipas berpusing sepanjang masa terutama pada waktu malam.

Sementara itu, Norhayati Mohd Yusoff, 57, turut mengakui bil elektriknya meningkat sekali ganda.

Katanya, peningkatan itu susulan dia terpaksa menggunakan kipas untuk meredakan bahang panas.

“Saya dah jangka bil elektrik akan meningkat kerana cuaca terlalu panas sangat sejak akhir ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya