Rakyat dijemput meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani - Utusan Malaysia

Rakyat dijemput meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini sebelum ke lima negeri lain.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, rumah terbuka di Kedah akan diadakan di Hotel Raia di Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang.

Selepas itu, program rumah terbuka itu diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan pada keesokan harinya.

“Penganjuran rumah terbuka di kedua-dua negeri akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang,” kata Fahmi dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi penganjuran di Kelantan, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei.

Kata Fahmi,  rumah terbuka di kedua-dua negeri akan diadakan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Kemuncak sambutan rumah terbuka berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari  pukul 8 malam hingga pukul 11 malam.

Fahmi menjemput rakyat hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya