Puteri Sarah, anak-anak beraya dengan mentua - Utusan Malaysia

Puteri Sarah, anak-anak beraya dengan mentua

Salah sekeping gambar dikongsi Puteri Sarah dia sedang beraya dengan mentua.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima gambar  dikongsikan Puteri Sarah Liyana beraya  bersama  mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan  Datin Patimah Ismail di kediaman penerbit filem itu mendapat tarikan netizen.

Pada Aidilfitri kali ini, Puteri Sarah, 38, mengenakan warna hijau sedondon dengan anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Lima keping gambar tersebut dikongsi di Instragram Puteri Sarah.

Melihat kepada perkongsian tersebut, rata-rata netizen gembira de ngan keakraban Puteri Sarah dan mentuanya yang  sentiasa menyokongnya.

Antara komen-komen netizen ada yang berasa hairan kenapa Syamsul tidak beraya dengan kedua-dua ibu bapanya.

Minggu lepas, terdapat dakwaan yang Puteri Sarah akan membawa anak-anaknya beraya di luar negara.

Susulan itu, menerusi perkongsian di Insta Story,  Patimah meluahkan  sedih menantunya itu akan membawa diri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya