Projek LTU di Gua Musang tidak boleh ditangguhkan

Projek LTU di Gua Musang tidak boleh ditangguhkan

KERJA-kerja pembinaan LTU 3B dan 3C di jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis sedang berjalan dan tidak boleh ditangguhkan di Gua Musang, Kelantan. UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerja-kerja pemasangan cerucuk yang sedang berjalan ketika menyebabkan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C di jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang tidak boleh ditangguhkan lagi.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Mohd. Suhaili Ismail, berkata, laluan tersebut tetap tidak boleh digunakan oleh semua semua kenderaan walaupun kerja-kerja tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.

Menurutnya, jika projek tersebut ditangguhkan ia dibimbangi oleh mengundang bahaya kepada pengguna laluan tersebut.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengenai cadangan untuk menangguhkan sementara kerja-kerja mengelak kesesakan di Gua Musang menjelang sambutan Aidilfitri.

“Pemasangan cerucuk sudah dilakukan dan keadaan jalan tidak memungkinkan kita membuka jalan. Melalui perbincangan itu, kita mengambil keputusan untuk tidak membuka jalan atau menangguh projek kerana ia boleh membahayakan pengguna,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Suhaili memberitahu, bagi mengatasi masalah kesesakan sepanjang sambutan Aidilfitri JKR negeri akan menjadikan laluan alternatif kepada satu hala.

Katanya, pada masa sama JKR negeri akan turut menutup laluan simpang di jalan alternatif.

“Kita mendapati banyak laluan alternatif berlaku kesesakan memandangkan banyak simpang terutama menghala ke bandar Gua Musang. Justeru kita akan tutup laluan simpang dan menjadikannya laluan sehala.

“Laluan simpang akan ditutup selama dua minggu iaitu seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepas Aidilfitri,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan agensi itu sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pihak dalam usaha untuk menangguhkan sementara kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan Pakej 3B dan 3C buat sementara waktu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbincangan bertujuan mengelakkan kesesakan bertambah teruk terutamanya semasa kepulangan anak Kelantan di perantauan untuk menyambut hari raya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN