PRN: UMNO rayu rakyat Kelantan lakukan perubahan

PRN: UMNO rayu rakyat Kelantan lakukan perubahan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: UMNO sekali mengulangi rayuan kepada rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan dengan memberi mandapat kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang menghantui negeri ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan rayuan kedua yang dibuat sekaligus membuktikan betapa seriusnya parti itu untuk melakukan perubahan kepada rakyat negeri ini melibatkan kemudahan asas.

Menurutnya, rakyat tidak perlu gusar kepada kepimpinan kerajaan negeri ketika ini dengan taksub dalam membuat keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

“Kita mahu merayu sekali lagi beri peluang kepada kerajaan dengan parti yang ada iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta komponen lain untuk diberikan mandat bagi membuktikan perubahan. Apa yang pasti kita akan lakukan demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kalau kita tidak berubah dalam satu penggal, kita akan serahkan balik kepada rakyat untuk membuat keputusan. Jadi untuk PRN ini, beri peluang kepada kita buktikan sesuatu yang lebih baik dapat dilakukan demi rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Felcra Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan yang akan dilakukan sekiranya diberi mandat termasuk infrastruktur di kawasan luar bandar dan bekalan air.

Katanya, meskipun terdapat agensi seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan beberapa agensi lain namun tanggungjawab kerajaan negeri terhadap pembangunan negeri itu adalah tanggungjawab mutklak.

“Kita sanggup membelanjakan semuanya kerana warna (perbezaan) politik perlu diketepikan tetapi dalam soal itu kita mempunyai peruntukan terhad jika kerajaan negeri itu bukan di bawah kita.

“Tetapi jika kerajaan negeri di bawah kita, insya-Allah kita ada pelbagai tatacara, tatakewangan dan tatakelola pentadbiran yang dapat kita lakukan sekiranya parti yang dipimpin di peringkat negeri sama dengan parti di Putrajaya (pusat),” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, projek bernilai RM7.2 bilion yang diserah kepada kontraktor Program Jana Wibawa dibawah kementeriannya akan ditender semula selepas dibatalkan.

Katanya, keputusan membatalkan tender berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Projek berkenaan akan ditender semula mengikut prosedur dan tata etika kewangan yang mesti dihormati. Kita tahu ada sedikit gangguan dari segi pelaksanaan.

“Yakinlah sekiranya tata etika dan peraturan diikuti, ia akan dilakukan segera,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya