PPNP rai anak yatim, warga emas berbuka puasa - Utusan Malaysia

PPNP rai anak yatim, warga emas berbuka puasa

ZUHAIRI Ab. Kadir (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan duit raya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) bersama Pertubuhan Amal Bantuan Prihatin meraikan anak-anak yatim dan warga emas dalam majlis berbuka puasa di Madrasah Kamaliah Kampung Cherok Paloh di sini, semalam.

Program itu turut melihatkan kerjasama Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers.

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, program itu bertujuan memberi kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik dan memberi sinar keceriaan dalam menyambut Ramadan kali ini.

“Saya harap lebih banyak program sebegini diadakan bagi merapatkan lagi ukhuwah antara organisasi luar dengan masyarakat kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf.

“Saya dan PPNP bersyukur dan gembira kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang cukup bermakna pada Ramadan kali ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, pada majlis tersebut, lebih 100 penerima terdiri daripada anak yatim dan warga emas menerima sumbangan duit raya.

Beliau berkata, PPNP berharap sumbangan itu dapat memberi keceriaan kepada golongan tersebut dalam menyambut Aidilfitri tahun ini.

“Hubungan baik antara pihak-pihak yang terlibat dalam majlis ini akan terus diperkukuhkan lagi bagi menyokong sebarang aktiviti bersama akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya