BENTONG: Polis menerima dua laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Mempaga, Lurah Bilut dekat sini yang tular di laman sosial. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, sehubungan kejadian itu, orang ramai dinasihat supaya berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. “Pada 4 April tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook ‘Kami Penduduk Bentong (Official)’ berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di kawasan berkenaan. “Bertindak atas maklumat berkenaan, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya