Polis bincang tangguh sementara kerja pemasangan cerucuk di Gua Musang

Polis bincang tangguh sementara kerja pemasangan cerucuk di Gua Musang

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan agensi itu sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pihak dalam usaha untuk menangguhkan sementara kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) melibatkan Pakej 3B dan 3C buat sementara waktu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbincangan bertujuan mengelakkan kesesakan bertambah teruk terutamanya semasa kepulangan anak Kelantan di perantauan untuk menyambut hari raya.

Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi itu melibatkan polis bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Gua Musang mengenai perkara tersebut.

“Cadangan kita untuk menghentikan sementara pembinaan projek itu atau ada kaedah lain yang boleh digunakan sebelum Aidilfitri. Selain itu, perbincangan di peringkat Ketua Polis Daerah Gua Musang sudah bermula dan saya sedang menunggu maklum balas mengenai perkara itu. 

“Selepas menerima laporan, mungkin saya pula akan berbincang dengan Pengarah JKR negeri. Perkara ini masih di peringkat daerah dan tindakan lanjut akan dijalankan selepas memperoleh kata putus hasil perbincangan tersebut,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya kini sedang berusaha mencari jalan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Katanya, polis tidak mampu merangka pelan sendiri tanpa bantuan pihak lain.

“Kerjasama dengan pelbagai pihak (JKR dan PBT) dapat mengatasi masalah tersebut buat sementara waktu,” ujarnya,

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dua laluan utama di Gua Musang mulai sesak apabila ditutup sepenuhnya pada 3 April untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C.

Ekoran itu, jalan menghala ke bandar Gua Musang bermula dari bulatan Tanah Putih ke simpang Kampung Pulai dan Jalan Kesedar Putra mendapati, laluan tersebut sesak dengan kenderaan hampir setiap hari.

Bagaimanapun, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya