PETALING JAYA: Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju masa depannya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia yang bebas dan merdeka akan mempertahankan kedaulatannya serta menentukan perkara terbaik untuk negara. “Tiada siapa yang harus menentukan hala tuju kita, sebagai negara yang bebas dan merdeka, kita akan memutuskan apa yang terbaik untuk kita. “Kita juga harus mengekalkan kedudukan ini dalam ASEAN, kerana ASEAN ditubuhkan sebagai zon bebas dan berkecuali,” katanya ketika menjawab soalan mengenai persaingan China-Amerika Syarikat (AS) semasa syarahan umum di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya