Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

ALIRAN trafik dilihat perlahan sebaik memasuki Jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak Kelantan yang berada di perantauan kembali pulang ke ibu kota untuk mencari rezeki selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis mendapati jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut untuk ke ibu kota semakin bertambah.

Seorang pengguna jalan raya, Firdaus Iman, 35, berkata, keadaan trafik masih lagi bergerak lancar walaupun jumlah kenderaan semakin bertambah ketika ini.

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 6.30  pagi tadi dan tiba di bandar ini pada pukul 10 pagi. 

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat Dan rawat Rantau Manis di sini dan kawasan itu dipenuhi dengan kenderaan perantau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Nazrul Aliman, 40, memberitahu aliran trafik di sepanjang laluan Kuala Krai sehingga Gua Musang berjalan lancar.

Katanya, dia dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang hari ini kerana esok sudah bekerja.

“Kami yakin bilangan kenderaan dijangka semakin bertambah keluar dari negeri ini kerana cuti hari raya sudah habis.

“Kami berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan selamat tiba ke destinasi yang dituju,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya