Penyanyi rap AS didakwa bersubahat dengan Jho Low

Penyanyi rap AS didakwa bersubahat dengan Jho Low lakukan kempen haram

Prakazrel "Pras" Michel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Panel juri semalam mensabitkan pemenang Anugerah Grammy, penyanyi rap Prakazrel “Pras” Michel daripada kumpulan hip hop The Fugees atas tuduhan bersubahat dengan pelarian antarabangsa, Low Taek Jho atau Jho Low untuk mengatur beberapa siri kempen melobi asing yang bertujuan mempengaruhi kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan dua presiden sebelum ini.

Sabitan itu dibuat di Mahkamah Persekutuan Washington yang diikuti perbicaraan melibatkan beberapa saksi berprofil tingi, termasuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan bekas peguam negara AS, Jeff Sessions.

Michel didakwa dengan 10 pertuduhan konspirasi, selain bertindak sebagai ejen kerajaan asing, mengganggu saksi dan memalsukan rekod kewangan kempen.

Pasukan pendakwa raya menuduhnya berkomplot dengan Jho Low untuk cuba mempengaruhi pentadbiran Presiden Barack Obama dan Donald Trump.

The Fugees sebelum ini pernah merangkul dua Anugerah Grammy pada 1996 menerusi album ‘The Score’, namun menjelang 2012, Michel terdesak memerlukan sejumlah wang tunai dan menemukan ‘penyelesaian’ melalui Kho Low.

Pendakwa raya memaklumkan, penyanyi itu bersetuju menyalurkan wang berjumlah AS$2 juta (RM8.9 juta) yang diperoleh daripada Jho Low ke dalam kempen pemilihan semula Obama pada 2012 sebagai pertukaran untuk menerima lebih banyak wang tunai.

Penyanyi itu memberitahu, dia dibayar jumlah itu oleh Jho Low selama sembilan bulan pada 2012.

Michel juga dituduh berusaha meyakinkan Jabatan Keadilan sewaktu pimpinan Trump untuk menggugurkan siasatan sivil dan jenayah terhadap Jhgo Low berhubung skandal 1MDB dan cuba melobi kerajaan AS bagi pihak China menghantar semula bilionair asal negara itu, Guo Wengui ke China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya