Pengawal keselamatan ditemukan mati semasa bertugas

Pengawal keselamatan ditemukan mati semasa bertugas

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pengawal keselamatan ditemukan mati semasa sedang bertugas di dalam pondok pengawal di sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Mangsa, Wan Mohd. Khairul Azahar Che Zulkifli, 40, ditemukan oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam pondok itu kira-kira 7.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman berkata, siasatan mendapati mangsa disedari meninggal dunia selepas dikejutkan oleh rakannya setengah jam sebelum waktu bertugas tamat.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan kerana menghidap darah tinggi  buah pinggang dan kencing manis.

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati tiada  sebarang tanda atau kesan yang boleh dikaitkan unsur jenayah dengan kematian mangsa di lokasi kejadian.  Pemeriksaan di dalam beg mangsa turut menemui pelbagai jenis ubat dari klinik kesihatan.

“Siasatan mendapati, lelaki itu merupakan bekas tentera laut dan mempunyai seorang anak berusia 16 tahun mula bertugas bersama rakannya kira-kira pukul 8 malam kelmarin hingga 8 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zohan memberitahu, sebelum kejadian mangsa dipercayai mengadu penat dan mahu tidur buat seketika.

Katanya, selepas tidur selama empat jam rakannya menyedari mangsa bangun untuk ke tandas.

“Mangsa kemudian menyambung semula tidur sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan setugas. Pengawal keselamatan itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian.

“Siasatan mendapati, mangsa pernah menerima rawatan berkala di Klinik Kesihatan Pasir Puteh dan pernah menghidap angin ahmar pertengahan tahun lalu,” ujarnya.

Mohamad Zohan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan hasil bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada jantung bengkak dan saluran darah tersumbat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya