Pelancong Jerman anyam ketupat di Taman Negara - Utusan Malaysia

Pelancong Jerman anyam ketupat di Taman Negara

BENOIT Jormaid bersama ahli keluarganya diraikan oleh Rasdan Salleh (kiri) dengan pemakaian busana baju Melayu dan baju kurung di pusat inap Danz Eco Resort Kuala Tahan, Jerantut, Pahang semalam. - HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sebuah keluarga dari Jerman antara 70 pelancong Eropah yang menginap di Danz Eco Resort teruja apabila dapat menikmati suasana Hari raya Aidlfitri bersama masyarakat Islam di Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.

Keluarga Benoit Jormaid  bersama empat ahli keluarganya  tidak menyangka kunjungan pertama mereka ke Taman Negara Kuala Tahan bertepatan dengan 1 Syawal.

Pihak pengurusan pusat inap, Danz Eco Resort pula menyediakan juadah khas Aidilfitri antaranya lemang, ketupat, nasi impit, rendang ayam kampung termasuk makanan berasaskan ikan sungai dan asam tempoyak.

Menurut Jormaid, beliau dan keluarga bertuah kerana dapat memeriahkan Hari Raya Aidilfitri bersama rakannya sekali gus menyelami budaya masyarakat Islam Kuala Tahan mengenai persiapan serta makanan tradisi hari raya.

“Kami berpeluang menganyam ketupat dan membakar lemang apatah lagi menimakti keenakan rendang ayam kampung yang pedas,” katanya.

Jormaid berkata, acara yang diatur oleh pengusaha Danz Eco Resort amat menarik sebilangan pelancong yang menginap di situ sekali gus memeta kenangan manis menyertai perayaan di negara ini.

Anak Jormaid, Laura yang mengikuti pengajian bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia dan keluarganya berterima kasih kepada kaki tangan pusat inap yang berkongsi cara-cara menganyam ketupat.

Laura berkata, selepas berhari raya, dia bersama 70 pelancong akan menyertai acara rekreasi dan riadah ke beberapa destinasi di Taman Negara yang diatur oleh pemandu pelancong Danz Eko Resort.

Sementara itu, Pengurus Danz Eco Resort, Rasdan Salleh berkata, sememangnya setiap tahun ketika bulan Ramadan dan menjelang Aidifitri ramai pelancong  Eropah singgah di pusat penginapan tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya